Insuran dan Takaful

PENGENALAN TENTANG INSURANS KENDERAAN & ROADTAX


Dapatkan perlindungan menyeluruh untuk kenderaan anda dengan insurans kereta! Jangan risau lagi jika ada kemalangan, kecurian, atau kebakaran. Syarikat insurans akan menanggung kos besar, membebaskan beban anda.


Cukai jalan adalah wajib untuk semua pemilik kenderaan. JPJ memerlukan pemilik kenderaan mempunyai lesen kenderaan motor (LKM), juga dikenali sebagai cukai jalan, untuk kenderaan yang digunakan di jalan raya.


Pemilik kenderaan perlu memperbaharui insurans dan roadtax sebelum tarikh luput.

Pemilik kenderaan digalakkan untuk memperbaharui insurans kereta dan roadtax sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tamat tempoh yang sedia ada.

Terdapat beberapa jenis perlindungan insurans kereta yang perlu diketahui:

SUM INSURED/JUMLAH PERLINDUNGAN

Jumlah perlindungan insurans kereta merujuk kepada jumlah maksimum yang akan dicover oleh polisi insurans mengikut nilai pasaran semasa. Jumlah perlindungan ini boleh ditentukan dalam dua nilai berbeza:

Pemilik kenderaan dan syarikat insurans bersetuju mengenai nilai kenderaan pada awal kontrak dan setiap pembaharuan. Contohnya, jika jumlah yang dipersetujui adalah RM75,000 dan kemalangan berlaku, syarikat insurans akan membayar ganti rugi penuh sebanyak RM75,000.

Ini adalah nilai semasa kenderaan sebelum berlakunya sebarang kejadian. Sebagai contoh, sekiranya jumlah yang diinsuranskan adalah RM47,000 dan nilai pasaran kereta pada masa kemalangan telah menurun menjadi RM42,000, syarikat insurans akan membayar ganti rugi berdasarkan nilai pasaran tersebut, iaitu sebanyak RM42,000.

PERLINDUNGAN TAMBAHAN

Selain daripada perlindungan asas yang disediakan oleh insurans kereta, terdapat juga perlindungan tambahan yang boleh ditawarkan oleh syarikat insurans kereta atau Takaful. Beberapa contoh perlindungan tambahan ini termasuk:

Setiap syarikat insurans kereta menawarkan polisi dengan manfaat dan kelebihan yang berbeza. Oleh itu, adalah penting untuk membaca dan memahami terma dan syarat polisi insurans sebelum membuat pilihan yang sesuai dengan keperluan anda.

Itulah beberapa perkara penting mengenai insurans kereta dan roadtax yang perlu anda ketahui. Jadi, pastikan anda memperbaharui insurans dan roadtax pada masa yang ditetapkan dan memilih perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda untuk menjaga kenderaan anda dengan baik.

1) Kereta

click on the image

2) Kargo Marin

click on the image

3) Pampasan Pekerja

click on the image